Sunday, November 7, 2010
Belajar.
Belajarlah hingga ke negeri China.Satu ungkapan yang sentiasa diucapkan masa belajar dulu.Pada saya belajar ada bermacam-macam cara.Samada dari pemerhatian,pengalaman atau secara formal.Rajin-rajinlah belajar.
Thursday, November 4, 2010
Hati
Salahkah jika hati sentiasa berkata-kata.Dengarlah kata hatimu sendiri.Benarkah kata hati itu?Percayalah.
Kembali
Rupanya bulan november sudah bermula.Masa begitu cepat berlalu,tidak lama lagi berakhirlah tahun 2010.Apakah sudah kita menilai pencapaian diri?Renunglah.
Friday, October 29, 2010
Memasak.
Masa kecil memang selalu main masak-masak.Bila sudah remaja pandai jugalah memasak tapi setakat goreng ikan,masak nasi dan sayur masak air sajalah.Bila kahwin makin cekap memasak.Rasanya jika di ingat kembali masa-masa berlalu,rupanya dah banyak yang berubah.Sekarang main masak campak-campak saja,alhamdulillah sedap rasanya.
Thursday, October 21, 2010
Membaca.
Teringat kenangan semasa kecil,bila membaca mesti kena marah dengan kakak dan abang.Mana tak kena marah dah baca buku mereka.Rasanya mereka takut buku tersebut terkoyaklah agaknya.
Masa lampau yang bila dikenang tidak akan kembali.Bila sudah besar,semuanya ingin dibaca,sehinggakan waktu rehat semasa bersekolah dulu pun sanggup berada di perpustakaan.Bila cuti pergi ke perpustakaan desa pula.Seronok sungguh dapat membaca,hilang semua tekanan.
Masa lampau yang bila dikenang tidak akan kembali.Bila sudah besar,semuanya ingin dibaca,sehinggakan waktu rehat semasa bersekolah dulu pun sanggup berada di perpustakaan.Bila cuti pergi ke perpustakaan desa pula.Seronok sungguh dapat membaca,hilang semua tekanan.
Sunday, October 17, 2010
Berjaya
Akhirnya berjaya tambah catatan disini.Baru tadi menambah widget untuk Goodreads di sini.Rasanya seronok bereksperimen.Cubaan pertama berjaya,maklumlah tak berapa pandai nak guna komputer.Kekok betul mulanya.
Maaf
Senang cerita macam perkataan di atas.Maaf kerana lama tidak menulis disini.Sememangnya kata maaf senang untuk ditulis ataupun diucapkan.Selepas ini ingin menulis sentiasa.Semoga keinginan tidak tinggal kosong sahaja.Teruskanlah usaha.
Sunday, July 18, 2010
Jejak
Lama saya tidak menjenguk dan meninggalkan jejak disini.Cuma saya dibatasi masa untuk terus mencatatkan luahan hati.
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)