Saya mengenali tulisan Kak Lily melalui buku Moga Kau Mengerti terbitan Alaf 21.Gaya lenggok tulisan Kak Lily menarik minat saya.Malunya nak cerita masa tu saya tak pernah pun ambil tahu nama penulisnya janji ceritanya sedap dibaca.Lama kemudian baru saya tahu Kak Lily ni penulis yang tersohor.Betullah pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta.
Berbalik pada buah tangan terbaru Kak Lily,Menunggu Cinta Tuhan(MCT) dihadiahkan Kak Lily sendiri pada saya semasa pergi beraya ke rumahnya.Gembira tak terkata masa tu,terima kasih banyak Kak Lily.Balik dari rumah Kak Lily,malam tu saya terus baca MCT.Alhamdullillah hubby dah tahu minat saya.
Bila dah mula baca,eh lain pulak cerita Kak Lily kali ni.Tak sabar saya nak tahu hujung ceritanya.Membaca MCT rasanya saya membaca karya penulis lain.Penulis berjaya melakukan pembaharuan dalam karyanya.Membaca MCT banyak memberi pengajaran supaya kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan.Rasa yang bercampur-baur semasa membaca MCT buat saya tak sabar.Geram dan meluat dengan watak Nureen serta makciknya.Marah juga dengan Azrul Rasyid yang suka memarahi Khalida Atikah sebenarnya yang saya rasa patutnya bukan begitu cara melayan seorang wanita.Geli nak muntah bila membayangkan campuran bahan masakan Restoran Nasi Lemak Panas.
Saya sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi,sebenarnya saya sangat kagum bila penulis membina kuat watak Khalida Atikah.rasa nak jadi sepertinya yang kuat mental menghadapi Azrul Rasyid.Berbagai cabaran.Yang pastinya karya ini memang menarik.Buah tangan Kak Lily ini buat saya merasai kesibukan wartawan dan memahami sebenarnya dalam apa jua bidang yang diceburi sebenarnya kita boleh berdakwah tanpa kita perlu menjadi ustaz atau ustazah.Yang pasti saya sangat suka membaca MCT.
No comments:
Post a Comment